Selasa, 24 Mac 2009

MELANCONG SAMBIL MENAMBAH PENGALAMAN


Ingin menikmati percutian di luar negara..?
Pakej percutian yang menyeronokkan..
Sambil menambah ilmu pengetahuan..
Dan meluaskan pengalaman..
Dengan hanya kos yang minimum..

Nikmatilah percutian di Egypt
Republik Arab Mesir
Bumi Anbiyak (Nabi-nabi)
Dan Bumi Auliyak(wali-wali Allah)

Hanya melalui travel kami
BUKHORI MESIR TRAVEL

Kami menyediakan pakej yang berpatutan..
Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami..

Pakej kami,
AIRPORT to AIRPORT..
kami akan menguruskan kedatangan pelanggan kami bermula dari menyambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo sehinggalah menghantar semula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo

Antara perkhidmatan di dalam pakej kami:

Pengangkutan (van/coaster)
Pemandu Pelancong (Malaysia)
Penginapan (Apartment/Hotel)
Makanan



Kami juga ada menyediakan pakej tambahan istimewa hanya untuk pelanggan kami..
TALAQQI dan TAHSIN (bacaan al-Quran bersama sheikh) surah al-Fatihah..
Serta belajar tajwid..
Bersama sanad bacaan surah al-Fatihah..

JANGAN LEPASKAN PELUANG

Sekiranya anda berminat untuk bercuti menggunakan perkhidmatan kami
Anda boleh pilih pakej yang kami tawarkan

pakej ziarah berapa hari,
pakej penginapan
pakej pengajian
serta nyatakan jumlah pelancong
yang akan mengikuti percutian tersebut

melalui e-mail kami
bukhorins_travel@yahoo.com

Kemudian kami akan mengeluarkan satu invois pakej lengkap dan tentatif percutian berdasarkan pakej-pakej yang anda pilih

Sekiranya ingin mengajukan sebarang pertanyaan
anda boleh menghubungi kami
(Muhammad Redho Tarmizan)
6012-9796505

atau melalui email kami
bukhorins_travel@yahoo.com

Isnin, 23 Mac 2009

PAKEJ PENGINAPAN


1.APARTMENT SEDERHANA

  • Kapasiti maksimum 4 orang (keluarga/sejantina)
  • 2 bilik
  • Ruang tamu dan rehat lengkap
  • Dapur dan peralatan asas dapur
  • 1 bilik air

2.APARTMENT MEWAH
  • Kapasiti maksimum 7 orang (sekeluarga/sejantina)
  • 3 bilik
  • Ruang tamu dan rehat lengkap
  • Dapur dan peralatan asas dapur
  • Berhawa dingin
  • 2 bilik air

3.HOTEL

PAKEJ PENGANGKUTAN


METRO BUS (COASTER) PELANCONG
  • Kapasiti maksimum 18 orang pelancong
  • Berhawa dingin


VAN PELANCONG
  • Kapasiti maksimum 9 orang pelancong
  • Berhawa dingin


KERETA
  • Kapasiti maksimum 3 orang pelancong
  • Berhawa dingin





SEKITAR KAHERAH

MASJID SULTAN HASAN & KUBU

CONTOH APARTMENT MEMAH

PENGAJIAN AL-FATIHAH


  • Talaqqi dan tahsin bacaan surah al-Fatihah bersama sheikh
  • Bacaan yang mempunyai sanad daripada Rasulullah
  • Sijil dan sanad bacaan akan dikeluarkan

PENGAJIAN HADIS SUNNAH NABI


  • Pengajian mengenai Sunnah kehidupan Rasulullah dalam seharian
  • Kitab disediakan

Ahad, 22 Mac 2009

PAKEJ 2 HARI


HARI PERTAMA : Sekitar Kaherah

  • Masjid El-Azhar As-Syariff
  • Masjid Saidina Hussein dan maqam beliau (cucu Rasulullah)
  • Masjid Sheikh Soleh El-Ja'fari dan maqam beliau
  • Masjid Tholunn
  • Kubu Pertahanan Salahuddin Al-Ayubi
  • Masjid Sultan Hassan (pengajian feqh 4 mazhab)
  • Masjid Rifaie


HARI KEDUA : Sekitar Kaherah

  • Piramid dan Spixn
  • Muzium Negara Mesir
  • Masjid Amru Al Asr (masjid pertama di Afrika)
  • Maqam para wali di jabal Muqattam

PAKEJ 5 HARI


HARI PERTAMA : Sekitar Kaherah

  • Masjid El-Azhar As-Syariff
  • Masjid Saidina Hussein dan maqam beliau (cucu Rasulullah)
  • Masjid Sheikh Soleh El-Ja'fari dan maqam beliau
  • Masjid Tholunn
  • Kubu Pertahanan Salahuddin Al-Ayubi
  • Masjid Sultan Hassan (pengajian feqh 4 mazhab)
  • Masjid Rifaie

HARI KEDUA : Sekitar Kaherah

  • Piramid dan Spixn
  • Muzium Negara Mesir
  • Masjid Amru Al Asr (masjid pertama di Afrika)
  • Maqam para wali di jabal Muqattam

HARI KETIGA / KEEMPAT : Semenanjung Sinai

  • Bekas kubu pertahanan Israil
  • Maqam Nabi Harun dan Nabi Yahya
  • 12 mata air Nabi Musa
  • St. Catherine
  • Menawan puncak gunung Sinai

HARI KELIMA : Sekitar Kaherah

  • Kilang Kristal
  • Khan Khalili

PAKEJ 8 HARI


HARI PERTAMA : Sekitar Kaherah
  • Masjid El-Azhar As-Syariff
  • Masjid Saidina Hussein dan maqam beliau (cucu Rasulullah)
  • Masjid Sheikh Soleh El-Ja'fari dan maqam beliau
  • Masjid Tholunn
  • Kubu Pertahanan Salahuddin Al-Ayubi
  • Masjid Sultan Hassan (pengajian feqh 4 mazhab)
  • Masjid Rifaie

HARI KEDUA : Sekitar Kaherah
  • Piramid dan Spixn
  • Muzium Negara Mesir
  • Masjid Amru Al Asr (masjid pertama di Afrika)
  • Maqam para wali di jabal Muqattam

HARI KETIGA : Sekitar Fayyum
  • Syalalat (air terjun padang pasir)
  • Istana Qarun
  • Tasik Qarun
  • Kincir Air Nabi Yusof S.A.W
  • Kebun mangga (musim panas)

HARI KEEMPAT/ KELIMA : Semenanjung Sinai
  • Bekas kubu pertahanan Israil
  • Maqam Nabi Harun dan Nabi Yahya
  • 12 mata air Nabi Musa
  • St. Catherine
  • Menawan puncak gunung Sinai

HARI KEENAM :
Pantai Dahab dan Thaba (sempadan Mesir-Palestin-Jordan)



HARI KETUJUH
: Sekitar Iskandariah

  • Muntazah
  • Istana Raja Faruk
  • Kubu Qitbay
  • Maqam Nabi Danial
  • Masjid Syed Al-Mursy

HARI KELAPAN : Sekitar Kaherah
  • Kilang Kristal
  • Khan Khalili

MESIR SELAYANG PANDANG


Mesir atau Rebuplik Arab Mesir adalah sebuah negara yang terkenal dengan peninggalan peradaban dan sejarah lama. Perkataan Mesir adalah berasal daripada kalimah arab iaitu Misr yang membawa maksud sebuah kota atau bandar. Di dalam bahasa inggeris pula mesir disebut sebagai Egypt. Mesir juga mempunyai banyak nama jolokan seperti Ardul Anbiyak (bumi para nabi), Ardul Auliyak (bumi para wali), Ardul Kinanah (bumi panahan atau anak panah), Ummu Ad Dun-ya (ibu dunia), Madinah Al Manarah (bandar menara) dan banyak lagi.


Mesir terletak di benua afrika dan kedudukannya hampir dengan 2 benua yang lain iaitu benua asia dan eropah. Di sebelah timur Mesir merupakan laut merah yang memisahkan Mesir dari afrika dengan negara-negara dari asia dan di sebelah utaranya pula terapat laut mediteranian yang memisahkan negara dari afrika dengan negara-negara dari eropah. Manakala di sebelah barat pula Mesir bersempadan dengan Libya dan di sebelah selatan Mesir bersempadan dengan Sudan. Kedudukan Mesir yang strategik berada ditengah-tengah ini menjadi faktor ianya dibangunkan oleh banyak kerajaan sejak sebelum masihi lagi.Ianya juga mengalami iklim 4 musim iaitu musim panas (MEI-JUL), musim liruh (OGS-OKT), musim sejuk (NOV-JAN) dan musim bunga (FEB-APR). Suhu pula mencecah 6'C minimum dan 42'C maksimum.


Keluasan muka bumi Mesir pula melebihi 1 001 450 kilometer persegi yang menempatkan seramai hampir 73 juta manusia dan 94% daripada mereka merupakan penganut agama Islam.Populasi penempatan rakyat Mesir lebih tertumpu di sepanjang sungai nil yang menjadi sumber kehidupan mereka. Mesir mempunyai 27 negeri dan Bandar Kaherah menjadi ibu negerinya. Bandar Kaherah adalah sebuah bandar lama yang menjadi tumpuan masyarakat Mesir. Kaherah mempunyai 20 juta penduduk tempatan. Jumlah penduduk tempatan yang ada ditambah dengan orang luar yang mendatang dengan tujuan belajar, bekerja, melancong dan lain-lain lagi menjadikan Kaherah di antara bandar terpadat dan tersibuk di dunia.


Khazanah peradaban masa lalu yang kekal di bumi Mesir hingga ke hari ini telah mengangkat martabat Mesir di mata dunia sebagai salah sebuah negara pelancongan yang berjaya menarik minat ramai orang untuk mengujungi bumi Mesir. Khazanah tersebut mengingatkan kita tentan sejarah lama Mesir yang telah dibangunkasn sejak 7 000 tahun yang lampau iaitu kira-kira 3200 SM dan melalui pelbagai kerajaan dan bentuk pemerintahan dari zaman Pharaonic berlansung sehingga 332 SM iaitu selama 2800 tahun yang diperintah seramai 330 firaun dan Kerajaan Hellenistic. Kemudian muncul kuasa Islam dan membuka Mesir pada tahun 639M di bawah pemerintahan Khalifah Umar bin Al Khattab yang mengarahkan Amru bin Al Asr memasuki Mesir dan menyeru masyarakat Mesir menganut agama Islam. Masyarakat Mesir terus berada di bawah naungan keadilan Islam sehinggalah kerajaan terakhir iaitu kerajaan Mamalik. Mesir juga pernah dikuasai oleh Perancis dan Inggeris. Pada 23 Julai 1952 Mesir di bebaskan dari kuasa Perancis dan Inggeris yang akhirnya pada 18 Julai 1953 mereka mengumumkan Mesir sebagai sebuah negara bersistemkan repuplik dan memilih Jenderal Muhammad Naguib sebagai presiden pertama mereka. Kemudian diganti oleh Jamal Abdul Nasir, kemudian Anuar Sadat, kemudian Muhammad Husni Mubarak hingga kini.