Ahad, 22 Mac 2009

MESIR SELAYANG PANDANG


Mesir atau Rebuplik Arab Mesir adalah sebuah negara yang terkenal dengan peninggalan peradaban dan sejarah lama. Perkataan Mesir adalah berasal daripada kalimah arab iaitu Misr yang membawa maksud sebuah kota atau bandar. Di dalam bahasa inggeris pula mesir disebut sebagai Egypt. Mesir juga mempunyai banyak nama jolokan seperti Ardul Anbiyak (bumi para nabi), Ardul Auliyak (bumi para wali), Ardul Kinanah (bumi panahan atau anak panah), Ummu Ad Dun-ya (ibu dunia), Madinah Al Manarah (bandar menara) dan banyak lagi.


Mesir terletak di benua afrika dan kedudukannya hampir dengan 2 benua yang lain iaitu benua asia dan eropah. Di sebelah timur Mesir merupakan laut merah yang memisahkan Mesir dari afrika dengan negara-negara dari asia dan di sebelah utaranya pula terapat laut mediteranian yang memisahkan negara dari afrika dengan negara-negara dari eropah. Manakala di sebelah barat pula Mesir bersempadan dengan Libya dan di sebelah selatan Mesir bersempadan dengan Sudan. Kedudukan Mesir yang strategik berada ditengah-tengah ini menjadi faktor ianya dibangunkan oleh banyak kerajaan sejak sebelum masihi lagi.Ianya juga mengalami iklim 4 musim iaitu musim panas (MEI-JUL), musim liruh (OGS-OKT), musim sejuk (NOV-JAN) dan musim bunga (FEB-APR). Suhu pula mencecah 6'C minimum dan 42'C maksimum.


Keluasan muka bumi Mesir pula melebihi 1 001 450 kilometer persegi yang menempatkan seramai hampir 73 juta manusia dan 94% daripada mereka merupakan penganut agama Islam.Populasi penempatan rakyat Mesir lebih tertumpu di sepanjang sungai nil yang menjadi sumber kehidupan mereka. Mesir mempunyai 27 negeri dan Bandar Kaherah menjadi ibu negerinya. Bandar Kaherah adalah sebuah bandar lama yang menjadi tumpuan masyarakat Mesir. Kaherah mempunyai 20 juta penduduk tempatan. Jumlah penduduk tempatan yang ada ditambah dengan orang luar yang mendatang dengan tujuan belajar, bekerja, melancong dan lain-lain lagi menjadikan Kaherah di antara bandar terpadat dan tersibuk di dunia.


Khazanah peradaban masa lalu yang kekal di bumi Mesir hingga ke hari ini telah mengangkat martabat Mesir di mata dunia sebagai salah sebuah negara pelancongan yang berjaya menarik minat ramai orang untuk mengujungi bumi Mesir. Khazanah tersebut mengingatkan kita tentan sejarah lama Mesir yang telah dibangunkasn sejak 7 000 tahun yang lampau iaitu kira-kira 3200 SM dan melalui pelbagai kerajaan dan bentuk pemerintahan dari zaman Pharaonic berlansung sehingga 332 SM iaitu selama 2800 tahun yang diperintah seramai 330 firaun dan Kerajaan Hellenistic. Kemudian muncul kuasa Islam dan membuka Mesir pada tahun 639M di bawah pemerintahan Khalifah Umar bin Al Khattab yang mengarahkan Amru bin Al Asr memasuki Mesir dan menyeru masyarakat Mesir menganut agama Islam. Masyarakat Mesir terus berada di bawah naungan keadilan Islam sehinggalah kerajaan terakhir iaitu kerajaan Mamalik. Mesir juga pernah dikuasai oleh Perancis dan Inggeris. Pada 23 Julai 1952 Mesir di bebaskan dari kuasa Perancis dan Inggeris yang akhirnya pada 18 Julai 1953 mereka mengumumkan Mesir sebagai sebuah negara bersistemkan repuplik dan memilih Jenderal Muhammad Naguib sebagai presiden pertama mereka. Kemudian diganti oleh Jamal Abdul Nasir, kemudian Anuar Sadat, kemudian Muhammad Husni Mubarak hingga kini.

0 ulasan: